Ok la...ramai dah tanya...(maaf kalau ayat lintang pukang dan gambar/video tak lawa...maklumlah handphone cap ayam dan tiket pprt)
Dah seminggu kejadian berlaku. Tapi masih terbayang-bayang. Kalau ikut hati malas nak tulis panjang-panjang. Cukuplah sekadar ayat PUAS HATI atau BERBALOI dengan rating 110%....titik!
Tapi memang betul. Memang puas hati. Penantian 30 tahun yang berbaloi. Saya mula mengenali muzik mereka pada tahun 1988 dengan album
Keeper Of The Seven Keys Pt 2. Malah tshirt rock pertama saya juga adalah
Keeper Of The Seven Keys Pt 2. Dibeli di Rock Station, Komtar Johor Bahru pada tahun 1989. Bukan warna hitam...tetapi warna biru. Ianya menjadi punca tshirt tanpa kolar diharamkan di ITM Segamat. Bab tu lain kalilah boleh cerita...haha..
Bagi seseorang yang menjadikan
Kai Hansen sebagai idola gitar heronya, konsert ini seperti impian jadi nyata. Tak kisahlah walau hanya sekadar mampu tiket PPRT. Tak kisahlah kalau mereka pun dah tua,
Michael Kiske pun dah tak ada rambut. Yang penting akhirnya merasa juga menonton mereka secara langsung di depan mata.
 |
Gambar selingan. 1st time cuba Burger Ramly. Tapi rasanya sedap lagi yang orang jual kat stall burger tepi jalan tu... |
Berdua memandu dari JB. Selepas 5 jam lebih berada di atas highway PLUS. Hujan dan jem dibeberapa tempat. 5.30 baru sampai Tangkak. Dan entah berapa puluh kali nampak billboard muka Najib tersengeh di sepanjang highway. Sempat pekena burger RAMLY di RNR Seremban. Akhirnya sampai juga di Mega Star Arena dalam lebih kurang pukul 7.45 malam.
 |
suasana di luar dewan |
Kali pertama ke sini. Terkial-kial juga guna google map takut sesat. Tapi bila nampak geng geng seragam hitam terus rasa lega. Bagus betul la pergi konsert rock ni. Nampak geng tshit hitam ramai-ramai konpem tahu yang kita berada di tempat yang betul..😀 Cumanya tak tahu yang sekolah bersebelahan ada menawarkan tempat parking. Ni parking kat stesen minyak Shell yang berdekatan kenalah menapak sikit.
 |
official t-shirt |
Sampai-sampai terus cari merchandise. Official tshirt tak silap ada 4 design dengan harga RM110 sehelai. Limited 500 helai katanya. Design yang berkenan di hati dah sold out. Nampak pula design yang sama versi bootleg di jual dengan harga RM30. Beli lah juga buat kenangan-kenangan. Nampak juga muka-muka yang familiar di facebook. Tapi segan nak tegur. Tapi taklah seramai masa konsert Megadeth.
Dewannya tak besar. Tiket PPRT pun nampak stage dengan jelas. Aircond pulak tu. Mengikut laporan jumlah penonton dalam 1500 orang. Betul la kot. Taklah sendat. Kawasan PPRT lagi la...tak sesak, selesa dan santai. Memang sesuai venue ni untuk konsert berskala sedehana dan penonton yang majoritinya warga tua.
 |
background video tu memang cantik la...terpegun! |
Mat Salleh memang punctual. Konsert bermula tepat jam 8.33 malam dan habis pada 11.26 malam. Giler dasyat hampir 3 jam. Memang berbaloi dengan harga tiket. Naik lenguh kaki berdiri. Sembahyang terawih pun tak lenguh macam ni...hahaha...Dah tua-tua ni memang kena tengok konsert duduk lah agaknya.
 |
Kai Hansen dan gitar cabang-cabangnya |
Tak pernah terpikir dapat tengok Kai Hansen depan mata. Sememangnya priceless untuk seorang fan boy seperti saya. Terutamanya ketika line-up Walls of Jericho di atas stage. Starlight / Judas / Ride the Sky dan Heavy Metal (is the law) menjadikan saya seperti remaja 17 tahun semula. Terpaku tengok. Vokal Kai Hansen masih power. Tak padan dah tua...Sayangnya Ingo Schwichtenberg dah tak ada….
 |
Heavy Metal is the Law |
Ada juga segmen tribute untuk Ingo.
Dani Löble berduet dengan visual dan audio dari Ingo. Baguslah sekurang-kurangnya mereka tidak melupakan anggota asal Helloween. Selepas Ingo dan Uli Kusch, saya kurang mengambil tahu tentang pemain drum Helloween. Malam tersebut beliau berjaya membuktikan yang saya silap. Beliau sememangnya bagus. Sayangnya… kalau lah Pumpkins United ini juga dianggotai oleh
Roland Grapow dan
Uli Kusch…itu lagi perghhh!!!
(*saya hampir-hampir berjaya mendapatkan drum stick Dani. Beliau mencampakkannya betul-betul ke arah saya. Sayangnya dengan handphone di tangan kiri, tangkapan tangan kanan saya terlepas. dan ia jatuh di belakang saya dan hilang tanpa dikesan. Masing masing mencari mengunakan lampu handphone tetapi tak pasti lesap kemana....tak ada rezeki...kepada sesiapa yang dapat tu...tahniah dan untung la)
 |
set list cilok dari FB |
Dari segi set list, memang semua lagu lagu makanan. Majoritinya 30 tahun dah melekat dalam kepala. Ada lah satu dua lagu era baru yang tak berapa biasa sangat. Kalau nak kata terkilan, mungkin tiadanya lagu
Kids Of The Century dalam list. Dah siap-siap hafal dah lagu tu...huhu... Tapi kalau nak suruh dorang nyanyi semua lagu best...mahu 5 jam pun tak cukup.
 |
Dr Stein |
Dari segi prestasi, ketujuh-tujuh mereka mencapai tahap KPI yang cemerlang. Tak ada apa yang boleh kita komplen pun tentang persembahan
Michael Kiske mahupun
Andi Deris. Dah tua-tua pun masih power terutamanya
Andi Deris. Masih hebat lontaran vokalnya. Kedua-dua mereka pun lawak. Happy jer dorang atas stage. Kita yang menonton pun rasa tempias happy.
Jujurnya saya kurang gemar dengan
Michael Weikath. Maklumlah fan boy
Kai Hansen lah kan. Tambah pula dengan album
Chameleon dan kes Ingo. Tapi sebenarnya dia memang hebat buat lagu. Malam tu dia paling relek. Lepak one corner. Dah tua-tua ni saya maafkan dia. Malah berharap sangat dia main lagu
Windmill....hahaha.. (tapi seriusnya....dulu tak suka
Chameleon...tapi seiring peningkatan usia...rasa sedap pula album tu. Lagu
First Time memang laju...memang sedap!
 |
untung la siapa yang dapat bawa balik bola bola tu |
Kalau nak kira showmanship, selain
Kai Hansen,
Markus Grosskopf paling happening. Seluruh pentas dia jelajah. Tapi kalau nak bagi hadiah man of the match, ikut hati nak bagi
Kai Hansen, tetapi secara jujurnya saya bagi kepada
Sascha Gerstner. Bukan pasal dia like komen saya di IG (haha..) tetapi dia paling cool. Tahu diri. Tak cuba untuk overshadow gitar hero Hansen dan Weikath. Dia jadi tulang belakang. Paling menarik dia juga diberi peluang untuk menyolo dalam lagu-lagu zaman Hansen. Pengganti paling tepat untuk
Roland Grapow.
 |
Satria gitar bercabang.. \m/ \m/\m/ |
Secara keseluruhannya tak ada apa yang saya nak komplen tentang malam tersebut. Berbaloi setiap sen yang dibelanjakan. Persembahan band yang mantap. Set-up stage cantik. Sound sedap. Lightning cemerlang. Paling best video yang jadi background pentas. Lawa sangat. Kagum! Video selingan maskot mereka,
Seth dan
Doc sepanjang konsert pun menarik.
 |
Terimakasih Helloween |
Memang puas hati. Singalong sepanjang malam. Crowd pun sanngat sporting. Sampai serak suara. Bagi saya malam tersebut adalah jauh lebih best dari malam
Megadeth setahun yang lalu. Lebih best dari semua segi. Pulang ke JB malam tu dengan rasa happy dan puashati. Walaupun sampai rumah jam 4 pagi....tetapi kepuasannya menyebabkan hilang rasa letih dan ngantuk.
Seminggu dah berlalu...tapi kenangannya masih tak kebah. Tahniah kepada penganjur. Harap penganjur tak rugi dan bolehlah bawa band yang lainnya pula....terutamanya
Iron Maiden... Please.....
***Untuk Deaf...memang rugi la ko tak pergi...kah..kah...kah....